Friday 10 June 2011

Belajar adalah proses sepanjang hayat

           Pernah dengar tak "Learning is long life process". Bagi yang tak pernah dengar, buat-buatlah pernah. Bukankah anda sedang membaca hehehehe..
           So yeah, kita harus belajar tanpa rasa segan dan mengira usia. Dunia sekarang dah kira maju, teknologi pun dah canggih-canggih belaka. Tapi masih lagi ada yang cuba-cuba membutakan diri. Kadang-kadang geram bila terserempak dengan kumpulan ni. Yelah, cakap gah tapi apabila bab pelaksanaan agak kureng. Bila dibantu dengan memberi tunjuk ajar, orang begini pasti saja menjadi mat/minah angguk saja semata-mata bertujuan menyiapkan kerja. Esok lusa orang-orang ini datang lagi memohon bantuan tunjuk ajar. Paling sakit hati dengan orang macam ni, masa kita membantu dia buat benda lain. Haih, ikutkan hati mahu saja diketuk kepala.
          Susahkan. Kalau ditegur, pasti cliche nya jawapan. "Sebab aku dah tua" lah, "aku dan kau mana sama. Kau belajar tinggi-tinggi tentulah kau pandai!".  Terbakar juga dengar ayat-ayat ini. Hello, kita semua adalah sama. Lahir dengan tidak punya apa-apa ilmu, sama-sama mendapatkan ilmu disekolah.Tiada yang dilahirkan bijak pandai melainkan berusaha.
          Pendek kata, belajarlah. Jangan takut dek kerana usia. Tua atau muda sepanjang masa menjalani proses pembelajaran. Proses pembelajaran bukan sahaja tertakluk kepada buku teks sekolah, tetapi dari segi aspek lain. Bukankah kita ada 5 pancaindera (melihat, mendengar, merasa,dll) Apa sahaja yang berlaku disekeliling adalah subjek pelajaran. Jangan cuba ambil kesempatan atas angka usia anda yang besar dari lain. Bagaimana orang mahu hormati kamu jika kamu buat-buat bodoh sepanjang masa? Adakah orang begini ingat dengan buat-buat bodoh, orang lain tidak tahu bahawa kamu malas buat kerja sendiri/malas belajar?

Fikir-fikirkanlah....

Wednesday 8 June 2011

Aku seorang Blogger baru

       Mesti ketawa berguling-guling kan...ketawa kat aku yang ketinggalan zaman. Orang lain dah berdesssup pergi twitter atau dimana-mana halaman sosial, aku baru sahaja membuka akaun blogger hehehehehe XD   Ya, aku juga tidak mahu ketinggalan zaman mengikuti segala perkembangan komunikasi secara elektronik. Tambahan pula, aku memang suka belajar benda yang baru walaupun agak terlewat hehe :D
       So kepada yang TER-baca artikel ni, mohon tunjuk ajar memandangkan aku jadi minah terjun dalam bab mem-blogging ni.

Doumo Arigato Gozaimasu  *bow*